Friday, May 15, 2009

CARA MENGATASI HUJAN ASID

CARA MENANGANI

Tasik yang tercemar boleh dipulih melalui proses liming di mana batu kapur merupakan bahan utama dan diletakkan ke dalam air tasik yang berasid untuk dineutralkan; eg. tasik-tasik di West Wales, Canada telah menjalankan proses membaik pulih tasik-tasik yang telah tercemar, pH tasik ini 5.5 - 7.0.

Menghadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur dan secara tidak langsung boleh mengurangkan gas sulfur dioksida.

Memperkenalkan pemasangan 'scrubbers' di cerobong asap di kilang-kilang untuk menapis gas sulfur dioksida

Penggunaan sistem denitrifikasi dan dinyahsulfur, contohnya arang batu direnyukkan dan dicampurkan dengan batu kapur, dengan ini, kandungan sulfur dalam arang batu akan bertingdak balas dengan kalsium karbonat dan menghasilkan kalsium sulfat dan gypsum sebagai hasil sampingan.

Mempertingkatkan lagi teknologi 'flash smelting' yang sering digunakan oleh pelebur kuprum, pembebasan sulfur dioksida global dapat dikurangkan 5-10 ton setahun.

Menggalakkan pemasangan pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin kenderaan, ini dapat mengurangkan gas NOx sebanyak 90% di mana gas pencemar dapat diubah sebelum dilepaskan ke atmosfera. Ini bertujuan untuk mengurangkan gas karbon monoksida dan nitrogen oksida asap ekzos.

Dari segi perundangan, boleh ditingkatkan lagi mengenai pengawalan pencemaran alam sekitar.

Bagi meningkatkan kesedaran dalam masyarakat, perlu adakan kempen, ceramah atau pun aktiviti kemasyarakatan bagi memastikan setiap individu dalam sesuatu masyarakat memainkan peranan untuk memelihara alam sekitar.

Sebagai individu, kita perlu sentiasa memastikan kenderaan kita dalam keadaan yang baik memandangkan bilangan kenderaan berdaftar di Malaysia adalah semakin meningkat.

PUNCA HUJAN ASID

Punca-puncanya

Kegiatan Industri :
Menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.

Proses Peleburan Bijih Timah :
Peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum. Aktiviti sistem pengangkutan : asap ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida semasa pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta.

Kegiatan Pertanian :
Penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen, pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur dioksida dan pereputan najis lembu akan membebaskan gas metana dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid nitrik.

LETUPAN GUNUNG BERAPI

Letupan gunung berapi membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan karbon monoksida.

PEMBAKARAN HUTAN

Kebakaran hutan membebaskan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen dioksida

PENGURAIAN BAHAN ORGANIK

Aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrit dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat.

Selain itu, penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfur seperti desulfovibrio di mana ianya menukarkan sulfat kepada hidrogen sulfida.

Dalam proses penurunan sulfat ini, bakteria mendapatkan tenaga untuk hidup.

Anaerobik bererti dalam keadaan tidak beroksigen biasanya di kawasan air bertakung seperti di kawasan tanah lembap.

Hidrogen sulfida bergabung dengan oksigen (udara) untuk membentuk sulfur dioksida.

Sulfur dioksida ini bertindak balas dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid.


SEMBURAN LAUTAN

Lautan memang kaya dengan kandungan klorida dan sulfat yang terdapat di atas permukaan atau di bawah lautan.

Fitoplankton marin adalah merupakan sumber penting dalam edaran sulfur di lautan di mana ianya akan membebaskan bahan sulfur yang mudah meruap seperti dimethylsulfida (DMS).

Kandungan DMS di udara akan dioksidakan kepada sulfat dan menghasilkan hujan asid.

Fitoplankton membebaskan DMS untuk melindungi diri daripada kesan negatif kemasinan tinggi lautan dan kesan pembekuan.


KESAN-KESAN HUJAN ASID

Tumbuhan plankton dan kehidupan laut akan musnah akibat penurunan nilai pH air laut , ini akan mengganggu pembiakan hidupan amfibia spt Tasik Minnesota.

Ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di mana kandungan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan ini.

Menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid; eg. 70% hutan di Czechslovakia musnah akibat hujan asid ini.

Kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah.

Nilai pH kurang daripada 6 akan menyebabkan bahan-bahan organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya.Memusnahkan fungsi daun.

Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah.


KESIHATAN

Memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit athsma, bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan sakit batuk, alergi dan selesema.
Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada manusia apabila diminum di mana boleh menyebabkan cirit birit di kalangan kanak-kanak, gangguan saraf dan membahayakan otak.

Gas sulfur dioksida adalah merupakan agen
kepada beberapa penyakit kepada manusia
seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit
kerongkong, barah kolon dan barah payu dara.

Aluminium pula boleh menyebabkan penyakit
alzheimer (berkait dengan hilang ingatan)

BANGUNAN DAN PERALATAN BANGUNAN

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi.

Meluntur dan merosakkan cat kereta.

Batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan

HUJAN ASID

Apakah yang dikatakan dengan hujan asid?

Acid Rain is a term for rain, snow, sleet, or other wet precipitation that is polluted by such chemicals as sulfuric dioxide (SO2) and nitric oxides (NOx).

ATAU

Hujan asid adalah istilah lain bagi hujan, salji, atau unsur mendapan air lain yang telah dicemari dengan bahan-bahan kimia seperti sulfurik dioksida (SO2) dan nitrik oksida (NOx)

Bagaimana ia boleh terjadi?


A   Ianya dihasilkan akibat dari pelepasan gas sulfur dioksida (SO2) dan oksida-
oksida nitrogen (NOX) ke atmosfera oleh logi-logi janakuasa dan industri.
B   Gas yang dilepaskan ini akan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di
dalam atmosfera dan membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
C   Asid yang terbentuk ini berkumpul didalam awan, dan awan pula akan bergerak
membawa asid-asid ini ke tempat-tempat lain.
D   Asid ini akan turun ke bumi bersama dengan hujan dan menimpa tumbuh-tumbuhan
serta boleh mematikan mereka.
E   Asid yang turun ini juga akan masuk kedalam sungai dan mematikan hidupan-hidupan
sungai.                       
F   Asid ini juga akan masuk ke dalam tempat takungan air yang lain seperti tasik
dan mematikan hidupan tasik.
G   Selain itu asid ini juga akan meresap masuk ke dalam tanah dan bertindakbalas
dengan bahan-bahan dalam tanah. Hal ini akan mengurangkan kualiti tanah dan
menjadikannya tidak subur.

APA ITU HUJAN??

SUMBER-SUMBER AIR DI NEGARA KITA

Disenaraikan berikut adalah enam jenis sumber air yang terdapat di negara kita:

1. Air hujan
2. Air laut
3. Air sungai
4. Air telaga atau perigi
5. Air mata air
6. Air embun

APA ITU HUJAN??
Allah S.W.T telah menurunkan air hujan supaya penduduk di muka bumi
ini dapat memanfaatkannya. Air hujan yang diturunkan akan menyerap
masuk ke perut bumi dan akan dikeluarkan kembali untuk faedah manusia
dan haiwan di muka bumi melalui mata air yang memancar keluar dari
gunung-ganang yang kemudian menjadi air terjun yang jernih dan sejuk
mngalir menjadi sungai-sungai. Allah S.W.Tmenjelaskan berkenaan hal ini
di dalam Al-Quran yang bermaksud;

“Dan Kami telah menurunkan air hujan dari langit (dengan sukatan
tertentu) serta Kami tempatkannya tersimpan di dalam bumi,dan
sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”
(Al-Mukminun:18)

PROSES PEMBENTUKAN HUJAN

PENGENALAN
Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.

Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.

Berikut adalah proses pembentukan hujan secara terperinci…

Peringkat pertama

Gelembung-gelembung air yang terbentuk melalui pembuihan lautan secara berterusan mulai pecah dan menyebabkan zarah-zarah air di tolak ke atas permukaan udara. Zarah-zarah ini, yang kaya dengan kandungan garam, kemudiannya dibawa oleh angin dan naik ke tingkat lebih tinggi di atmosfera. Zarah-zarah ini dipanggil aerosol, berfungsi sebagai perangkap air dan membentuk titisan awan. Dengan mengumpulkan wap air yang naik ke atas dari permukaan laut sebagai titisan halus.

Peringkat Kedua

Awan adalah terbentuk dari wap air yang terkondensasi di sekeliling kristal garam atau zarah-zarah halus di udara. Di sebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil (dengan diameter antara 0.01 hingga 0.02 m), kepulan ini tergantung di udara dan tersebar merintangi langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpalan awan.

Peringkat ketiga

Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.

PENGENALAN PROJEK

Dunia hari ini sudah melintasi jaringan global yang pesat. Kebanyakan Negara semakin ghairah berlumba-lumba untuk mencapai tahap kemajuan secara maksimum. Sejak zaman dahulu lagi sudah diakui kehebatan mereka dalam mencipta sesuatu yang baru dalam dunia teknologi. Kita wajar mencedok pengajaran berguna daripada kecemerlangan pemerintahan kerajaan Islam sebelum ini seperti Empayar Kesultanan Andalusia (Sepanyol) hari ini.

Dalam bidang astronomi, perubatan, aritmetik dan algebra, Andalusia dan kerajaan Arab lain bertindak menjadikan sifat keterbukaan menerima sebarang pengetahuan baru agar menjadi benteng kepada pakar-pakar bidang teknologi dan saintifik di seluruh dunia. Christopher Columbus dilaporkan mula menyedari dunia itu bulat menerusi perpustakaan Moor yang terletak di Granadar. Oleh itu kita perlu dirangsang oleh contoh-contoh kecemerlangan Empayar Andalusia dalam usaha membina Malaysia moden seperti Alhambra sebuah kota di Andalusia.

Namun disebabkan ketamakan manusia dalam mengejar pembangunan, mereka tidak menghiraukan impak yang besar terhadap alam semulajadi. Sebagai contoh penggondolan hutan dan pembebasan asap-asap dari kilang yang semakin berleluasa menjejaskan kehidupan di muka bumi ini. Natijahnya Negara kita sering dilanda hujan asid akibat sifat ketidaktanggungjawaban kita sebagai khalifah dalam mentadbir alam yang telah disyariatkan oleh Allah.

Pelajar diberi tanggungjawab untuk memainkan peranan sebagai Menteri Alam Sekitar, yang ingin mengkaji tahap kebersihan air hujan di Malaysia.

Dalam unit ini, pelajar dikehendaki menyatakan punca-punca berlakunya hujan asid yang sudah menjadi satu kebiasaan fenomena di negara kita. Justeru itu, mereka juga perlu memberi penjelasan mengenai implikasi bencana alam ini di negara kita.

Melalui tugasan ini, pelajar akan dapat:
1) Menyatakan definisi hujan asid.
2) Mengetahui proses pembentukan hujan asid.
3) Mengkaji punca-punca berlakunya hujan asid
4) Menyatakan kesan-kesan yang akan timbul
akibat penurunan hujan asid di negara kita.
5) Memberikan cara-cara bagi mengatasi hujan
asid.

Pada awalnya, pelajar diminta menulis sebuah jurnal berkaitan tajuk hujan asid. Pelajar seterusnya diminta mencari maklumat tentang punca dan kesan berlakunya hujan asid, serta kesannya terhadap ekosistem di negara kita. Pelajar diminta mengkaji tahap kualiti udara di beberapa lokasi yang berbeza dan membuat perbandingan tahap pencemaran udara di kawasan tersebut. Pelajar juga diminta mempersembahkan hasil kajian dalam persembahan multimedia untuk dikongsi dengan pelajar lain seterusnya mendapatkan maklum balas terhadap hasil kajian mereka.

PENGENALAN PROJEK
1. Guru mengedarkan brosur ”HUJAN ASID”
2. Pelajar memainkan peranan sebagai Menteri Alam Sekitar untuk membuat kajian berkaitan tahap kebersihan air hujan di Malaysia.
3. Pelajar diminta membentuk beberapa kumpulan:
- Kumpulan 1: Apakah punca berlakunya hujan asid?
- Kumpulan 2: Apakah kesan-kesan hujan asid terhadap negara kita?
- Kumpulan 3: Bagaimanakah hujan asid memberi kesan kepada ekosistem kita?
- Kumpulan 4: Apakah jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini?

Pelajar sentiasa diingatkan agar menepati EQ, UQ dan CQ semasa menyiapkan maklumat yang dipinta.

4. Pelajar boleh mengumpul maklumat melalui:
- kajian perpustakaan
- internet
- pemerhatian
6. Perbincangan dalam kumpulan berkaitan soalan yang diberikan
7. Menjawab soalan-soalan latihan sebagai pengukuhan