Dunia hari ini sudah melintasi jaringan global yang pesat. Kebanyakan Negara semakin ghairah berlumba-lumba untuk mencapai tahap kemajuan secara maksimum. Sejak zaman dahulu lagi sudah diakui kehebatan mereka dalam mencipta sesuatu yang baru dalam dunia teknologi. Kita wajar mencedok pengajaran berguna daripada kecemerlangan pemerintahan kerajaan Islam sebelum ini seperti Empayar Kesultanan Andalusia (Sepanyol) hari ini.
Dalam bidang astronomi, perubatan, aritmetik dan algebra, Andalusia dan kerajaan Arab lain bertindak menjadikan sifat keterbukaan menerima sebarang pengetahuan baru agar menjadi benteng kepada pakar-pakar bidang teknologi dan saintifik di seluruh dunia. Christopher Columbus dilaporkan mula menyedari dunia itu bulat menerusi perpustakaan Moor yang terletak di Granadar. Oleh itu kita perlu dirangsang oleh contoh-contoh kecemerlangan Empayar Andalusia dalam usaha membina Malaysia moden seperti Alhambra sebuah kota di Andalusia.
Namun disebabkan ketamakan manusia dalam mengejar pembangunan, mereka tidak menghiraukan impak yang besar terhadap alam semulajadi. Sebagai contoh penggondolan hutan dan pembebasan asap-asap dari kilang yang semakin berleluasa menjejaskan kehidupan di muka bumi ini. Natijahnya Negara kita sering dilanda hujan asid akibat sifat ketidaktanggungjawaban kita sebagai khalifah dalam mentadbir alam yang telah disyariatkan oleh Allah.
Pelajar diberi tanggungjawab untuk memainkan peranan sebagai Menteri Alam Sekitar, yang ingin mengkaji tahap kebersihan air hujan di Malaysia.
Dalam unit ini, pelajar dikehendaki menyatakan punca-punca berlakunya hujan asid yang sudah menjadi satu kebiasaan fenomena di negara kita. Justeru itu, mereka juga perlu memberi penjelasan mengenai implikasi bencana alam ini di negara kita.
Melalui tugasan ini, pelajar akan dapat:
1) Menyatakan definisi hujan asid.
2) Mengetahui proses pembentukan hujan asid.
3) Mengkaji punca-punca berlakunya hujan asid
4) Menyatakan kesan-kesan yang akan timbul
akibat penurunan hujan asid di negara kita.
5) Memberikan cara-cara bagi mengatasi hujan
asid.
Pada awalnya, pelajar diminta menulis sebuah jurnal berkaitan tajuk hujan asid. Pelajar seterusnya diminta mencari maklumat tentang punca dan kesan berlakunya hujan asid, serta kesannya terhadap ekosistem di negara kita. Pelajar diminta mengkaji tahap kualiti udara di beberapa lokasi yang berbeza dan membuat perbandingan tahap pencemaran udara di kawasan tersebut. Pelajar juga diminta mempersembahkan hasil kajian dalam persembahan multimedia untuk dikongsi dengan pelajar lain seterusnya mendapatkan maklum balas terhadap hasil kajian mereka.
PENGENALAN PROJEK
1. Guru mengedarkan brosur ”HUJAN ASID”
2. Pelajar memainkan peranan sebagai Menteri Alam Sekitar untuk membuat kajian berkaitan tahap kebersihan air hujan di Malaysia.
3. Pelajar diminta membentuk beberapa kumpulan:
- Kumpulan 1: Apakah punca berlakunya hujan asid?
- Kumpulan 2: Apakah kesan-kesan hujan asid terhadap negara kita?
- Kumpulan 3: Bagaimanakah hujan asid memberi kesan kepada ekosistem kita?
- Kumpulan 4: Apakah jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini?
Pelajar sentiasa diingatkan agar menepati EQ, UQ dan CQ semasa menyiapkan maklumat yang dipinta.
4. Pelajar boleh mengumpul maklumat melalui:
- kajian perpustakaan
- internet
- pemerhatian
6. Perbincangan dalam kumpulan berkaitan soalan yang diberikan
7. Menjawab soalan-soalan latihan sebagai pengukuhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment